Pembelajaran abad ke 21Pembelajaran Abad ke-21
Pembelajatan Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan "kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut. Pada masa yang sama, guru perlu menyedari bahawa dunia pendidikan kini perlu seiring dengan perkembangan zaman agar tidak ketinggalan. Seiring dengan itu, kaedah PdPc perlu diubahsuai ke arah perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid agar menarik minat murid untuk menghayati mata pelajaran yang dipelajari sekaligus memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka. Apabila disentuh pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sini, guru berperanan sebagai perancang,pengawal,pembimbing,pendorong dan penilai (Rujuk SKPMg2) untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Seterusnya, peranan murid pula adalah sebagai pembelajar aktif untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif. Maka, sesuailah sekiranya seorang guru mengamalkan Pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah agar kriteria SKMPg2 tercapai sekaligus merealisasikan 6 aspirasi murid iaitu murid yang berpengetahuan, murid yang mempunyai kemahiran berfikir, murid yang mempunyai kemahiran untuk memimpin, murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa, murid yang mempunyai etika dan kerohanian dan akhir sekali murid yang memaparkan identiti nasional.
1 Comment
|