Another hidden Gem at inland Miri-Tekiwit waterfall, juga dikenali sebagai Sela'an Waterfall. Air terjun setinggi 7 tingkat ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan menjadi kawasan perlancong . Terletak di kawasan Sela'an , Telang Usan (Baram). Kawasan ini tidak mempunyai laluan khusus berturap dan hanya menggunakan laluan balak Samling . Perjalanan mengambil masa selama 5 - 6 jam untuk sampai ke destinasi menggunakan pacuan 4 roda. Tempat ini menyediakan Homestay bagi pengunjungnya. Segah Sela'an Homestay menawarkan kemudahan penginapan dan guide untuk ke kawasan air terjun. Air sungai Sela'an yang sederhana deras dan berjeram menjadikannya kawasan yang ideal untuk aktiviti rafting dan canoe. Sungai ini juga kaya dengan sumber protien air tawar termasuk ikan-ikan mahal seperti Semah dan Empurau yang boleh menceceah harga ratusan ringgit sekilogram. Jarak di antara homestay dan air terjun tekiwit mengambil masa selama 40 minit menggunakan 4x4 dan 2 jam jungle tracking. perjalanan yang jauh dirasakan sangat berbaloi setibanya di lokasi air terjun yang menyajikan permandangan yang sangat cantik. Bagi percinta alam semulajadi dan aktiviti lasak tempat ini semestinya salah satu item dalam bucket list anda dan ianya sudah pasti tidak akan mengecewakan. maklumat lanjut boleh diperoleh daripada www.facebook.com/segahselaan1Stop/
0 Comments
Daerah Baram terletak di Sarawak, Malaysia Timur. Sungai Baram menjadi nadi ekonomi pertanian di kawasan ini. Daerah ini di diami oleh majaoriti masyarakat orang ulu yang terdiri daripada suku kaum Kayan, Kenya, Kelabit , Penan , saben, Kiput dan banyak lagi. Sungai Baram ialah sebatang sungai sepanjang 400 km terletak di negeri Sarawak, Malaysia Timur di pulau Borneo. Sungai ini berasal dari timur iaitu dari Banjaran Iran dan mengalir arah barat melalui hutan hujan tropika ke dalam Laut China Selatan. Dalam peta terletak pada koordinat 4° 35' 0" Utara, 114° 58' 0" Timur. Lembangan Sungai Baram telah menjadi sebahagian Sarawak sejak ia diserahkan kepada Rajah Putih Sarawak oleh sultan Brunei pada 1882, sebidang kawasan besarnya 10,000 batu persegi (30,000 km2), untuk bayaran tahunan 6000 dollar. Sungai ini diseberang tidak jauh dari muaranya oleh Lebuhraya Miri-Baram, Laluan Persekutuan Jkr-ft22.png, melalui Jambatan Batang Baram yang dibuka pada 2003. Lebih kurang 100 km hulu sungai terletaknya pekan Marudi. Sungai ini juga dikenali di kebanyakan tempat di Borneo sebagai Batang Baram, sama seperti sungai-sungai lain di pulau itu seperti Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain. |